20 September 2012 | By: Azhar burn

Komik Troll sebabak































p/s : Guwa dulu pernah kene troll macam ni zaman cinta monyet..



04 August 2012 | By: Azhar burn

Kisah & Tauladan




Hari ni guwa ada kisah sikit nk kongsikan kat korang. Kisah ni jugak sebagai iktibar kepada diri guwa sendiri, tak tau la kalau cerita ni tak masuk kat dalam kepala otak korang. keh keh keh...
okay, kisah ni bermula disini....


"Pada suatu hari... kejap kejap....dari guwa kecik sampai la guwa besar semua cerita yang guwa dengar tak kisah la dari sape pun mesti dimulakan dengan ' Pada Suatu Hari ' ...... (-_-")
Okay kita sambung semula..
"Tingg!!!"
 Tiba-tiba wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen.melihat logam berharga itu lelaki itu berhenti melakukan kerjanya. Tidak menunggu lama, segera dia mengutip syiling itu ke dalam poketnya dan menyambung semula kerjanya.
"Tingg!!!"
 sekali lagi wang syiling itu terjatuh di hadapan lelaki tersebut. lalu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.

"takde sape-sape pun." gusar lelaki tersebut.

sekali lagi dia memasukkan syiling tadi ke dalam poket.Tidak lama kemudian sekali lagi lelaki tersebut terlihat syiling berdekatan dengannya. Seperti biasa dia ambil dan masukkan kedalam poketnya.

"Ah..rezeki aku ni! " getus lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar apa yang sedang berlaku dan dari mana datangnya syiling-syiling tersebut. Yang pastinya dia berasa senang hati kerana terdapat wang bertaburan jatuh di sekelilingnya.
Lelaki tersebut tidak sedar yang sebenarnya duit itu dicampakkan oleh ketuannya dari aras 10 banggunan yang mereka sedang bina.

Sebenarnya ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yang hendak disampaikan.Puas ketuanya menjerit dari aras 10, cuba memanggil lelaki itu yang berada di aras bawah banggunan tersebut.
Namun, jeritan tersebut dikalahkan oleh deretan bunyi mesin pembinaan yang berada di kawasan tersebut.
Dek kerana itulah, ketuanya mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya ke atas. Maka dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya.
Sayangnya, sampai kehabisan syilingnya dibaling kebawah, lelaki itu masih juga tidak mendongak keatas.
Lalu terfikir ketuanya, dan mengutip batu-batu kecil dan membaling satu persatu ke bawah.

Beberapa kali batu tersebut terkena badan serta kepala lelaki itu.Setelah merasa terganggu dan sakit. lelaki itu mendongak keatas mencari dari mana datangnya batu-batu yang menyerangnya tadi.Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba memanggilnya.

THE END


Moral of the story : Kisah ni sebenarnya adalah diantara kita dan Sang Pencipta kita.
                              tanpa kita sedar ALLAH sering menjatuhkan 'syiling' lambang
                              rezeki, rahmat , kenikmatan ataupun kesenangan yang tak terkira
                              kepada kita. ALLAH menjatuhkan 'syiling' tu sebagai panggilan
                              agar kita sentiasa 'mendongak' ke atas untuk mengingati dan
                              bersyukur dengan kurnian-NYA. Akan tetapi kita acap kali lalai
                              untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati 'syiling'
                              pemberian-NYA tanpa mengucapkan terima kasih. Seperti kisah
                              ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling itu tidak berjaya
                              menarik perhatian, lalu DIA menjatuhkan pula 'batu' yang berupa
                              musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan.
                              Hanya selepas kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat
                              untuk mendongak, menadah tangan bersyukur serta meminta
                              kepada Sang Pencipta kita.


03 July 2012 | By: Azhar burn

Kau & Aku




Suatu ketika dahulu,
kau dan aku membesar bersama
ketika itu hanya timbul perasaan
gembira bersama teman sepermainan



Suatu ketika dahulu,
kau dan aku sudah meningkat remaja.
baru ku kenal erti cinta remaja.
perasaan membuak-buak ingin lebih mengenali kau



Suatu ketika dahulu,
selepas alam persekolahan
kau dan aku tekad bersama.
Menjalani alam perkahwinan.
kita berjanji bersama-sama suka dan duka.
berjanji akan sehidup semati.


Suatu ketika dahulu,
kita semakin dimamah usia.
kau dan aku masih bersama.
pelbagai dugaan ditempuhi bersama
hubungan ini masih teguh umpama pohon ribun yang menjadi saksi kita


Suatu ketika dahulu,
kau telah pergi meninggalkan aku keseorangan
kesepian melanda hidupku.
apa yang mampu aku buat hanyalah berdoa dan menanti disisi kuburmu.
menanti diri ini menemani dirimu disana.
kasih sayang kau membuatkan diriku setia kepada mu.


Kini,
pohon rimbun yang menjadi saksi bagai mengerti.
layu dan tandus
turut pergi bersama cinta kita.


28 June 2012 | By: Azhar burn

Papan Tanda Tandas




Entri kali ni guwa nak post tentang papan tanda toilet kat luar negara yang tak ada ka Malaysia ni.


toilet di Korea, seoul




yang ni tak silap kat jepun

patong beach, Thailand

Wadafak!! sape la yang nak mancing kat dalam mangkuk tandas tu. cilake.

warning awal-awal dah. jangan sampai kantoi. haha


madafakk!! dalam tandas pun nak terbang

toilet kat kemboja


yang ni pun kat jepun kala guwa tak silap la


ni spender sape la dia rembat ni

hanya ada di india. jangan lupa ikut arahan betul-betul.

kemaruk ape main skipping kat dalam tandas

maximum 15 minit je. sape yang berak batu tu boleh la layan second round






Itu saje entri kali ni. guwa pun takde idea nak bikin entri ape.




I - CITY








Baru-baru ni guwa ade pegi I-city , saje nak hilangkan tensen masa cuti sekolah nie. 
masa nak masuk tu dah nampak dah kat laluan dia tu, dari jauh da menyala-nyala lampu dia.
cantik, berwarna-warni weh. guwa ni dah la jenis yang excited bila ade lampu warna-warni ni.

GIANT WHEEL



Lepas parking je kete, guwa terus pegi ke bende alah ni, lebih kurang yang kat tasik titiwangsa dulu tu la,
tapi yang ni nama dia 'GIANT WHEEL'.guwa dah excited nak naik menatang ni, tapi guwa kontrol macho gak la.Sebelum nak naik kene beli tiket dulu. ni ha senarai harga tiket dia.




   
lepas beli tiket tu , macam biasa kene la beratur dulu. masa nak naik menatang ni tu ade la mamat yang pegang camera amik gambar.lepas tu bole claim kat booth kat bawah nanti masa nak turun. konon-konon buat kenangan.


 
                                    
                                 gambar yang guwa amik dari atas


RM10 dah melayang naik menatang ni, dia pusing sekali saje. guwa pikirkan, ni kalau yang ade anak sepuluh ni mau rabak poket apak dia.pandai betul dorang ni buat duit.

ni la booth yang guwa cakap tadi, 2 keping gambar
RM 30. jahanam duit guwa

kaunter tiket

banyak permainan untuk kanak-kanak je kat situ. bagi yang bawak makwe korang bole detim-detim kat situ sambil ditemani lampu-lampu berkilauan.








yang ni "PIRATESHIP" mane-mane yang datang dengan anak-anak tu boleh la menjahanamkan duit korang sebanyak RM5 satu orang.




ok, kat bawah ni sedikit sebanyak gambar yang dapat guwa tontonkan kat korang
























last sekali guwa lepak OLD TOWN kat situ. setelah merabakkan poket guwa yang sempit.